Teknik Pemprosesan Buluh
Pemilihan Buluh
Dalam proses pengeluaran barangan, pemilihan kesesuaian buluh adalah penting bagi memastikan mutu barangan adalah terjamin. Antara faktor yang perlu diambil kira untuk mendapatkan pulangan yang maksimum ialah faktor umur ( anggaran umur ditentukan mengikut warna permukaan buluh yang masih hijau ), ketebalan dinding dan panjang ruas buluh yang digunakan.
Penebangan
Buluh yang telah dikenal pasti jenis dan umurnya hendaklah ditebang dari paras pangkal jarak sepanjang 6 meter ke atas. Penebangan yang baik biasanya dilakukan pada musim panas kerana pada musin begini buluh didapati mempunyai kandungan kanji yang rendah. Selain itu, pembiakan bubuk juga tidak begitu aktif pada musim panas ini memudahkan penebangan dijalankan.
Pengeringan
Proses pengeringan dilakukan untuk mengurangkan kandungan lembapan yang terdapat pada buluh. Kaedah pengeringan yang biasa diamalkan ialah secara pengeringan udara di bawah bumbung. Semasa pengeringan dijalankan terdapat beberapa kecacatan berlaku seperti pecah hujung dan pecah pada permukaan buluh. Kecacatan ini di sebabkan proses pengecutan dan pengembangan yang berlebihan atau kedua-duanya sekali, ataupun keadaan awal buluh yang kurang baik. Kadar kandungan lembapan akhir buluh hendaklah berada antara 12-14%.
Pengawetan
Kaedah biasa yang digunakan bagi mengawet buluh ialah dengan merendamnya di dalam air ataupun dengan cara pemanasan di atas api bagi mengurangkan kandungan kanji dan gula. Kaedah ini dapat meninggikan tempoh hayat buluh berbanding dengan tempoh hayat buluh yang tidak diawet. Ini kerana dalam semua aspek penggunaan buluh ia terdedah kepada serangan mikroorganisma dan serangga perosak seperti kumbang bubuk, anai-anai dan kulat. Oleh yang demikian, tempoh penggunaannya ditentukan mengikut kadar kemerosotan biologi buluh.
Bahan kimia yang digunakan untuk mengawet buluh adalah seperti boraks, deltametrin, deldrin dan natrium pentaklorofetana. Jika bahan kimia digunakan jangkamasa hayat buluh dapat dipanjangkan sehingga antara 5 hingga 10 tahun bergantung kepada keadaan tempat ia digunakan.
Pemutihan
Dalam proses pemutihan bahan-bahan kimia digunakan untuk memutihkan warna permukaan buluh. Proses pemutihan dilakukan bagi meningkatkan mutu warna dan barangan hasil buluh. Sekiranya proses ini tidak dilakukan, warna hasil barangan buluh kelihatan agak pudar dan tidak seragam. Terdapat beberapa kaedah proses pemutihan dijalankan iaitu :

- Rendaman dalam larutan hidrogen peroksida pada kepekatan 6% selama 18-24 jam.
- Merebus buluh dalam larutan hidrogen peroksida pada kepekatan 6% selama 15-20 minit.
- Pengasapan belerang selama 8-12 jam di dalam ruang tertutup.
Proses pewarnaan merupakan proses apabila bahan kimia pewarna (dye) digunakan bagi menambahkan seri permukaan sesuatu barangan hasil buluh. Proses ini penting bagi mengubah warna asli sesuatu barangan buluh atau hasil-hasilnya kepada warna-warna yang dikehendaki. Tiga jenis bahan pewarna yang boleh digunakan iaitu :
- Bahan pewarna alkali.
- Bahan pewarna terus.
- Bahan pewarna asid.