Outlined Text Generator at TextSpace.net
Myspace Generators
Quantcast
Quantcast

Kegunaan Buluh

Bahan Binaan
Buluh kerap digunakan sebagai bahan utama dalam senibina rumah-rumah tradisional seperti yang terdapat di negeri Sarawak, Sabah dan beberapa negeri di Semenanjung. Selain itu rumah bulu h juga kerap digunakan oleh orang asli yang tinggal di kawasan pendalaman.

Kebiasaannya buluh digunakan sebagai dinding dan lantai rumah manakala atap diperbuat daripada daun rumbia. Jenis buluh yang digunakan ial;ah buluh semantan, minyak, beting, aur, nipis dan lain-lain. Buluh mestilah yang cukup tua dan matang. Buluh-buluh ini direndam di dalam air sungai atau air lumpur selama 3 atau 4 bulan bagi tujuan mengawet dan mengelakan serangan kulat dan serangga. Buluh ini kemudian dipotong, dikerat dan dijadikan komponen rumah.

Barangan Perhiasan Diri
Barangan hiasan diri yang biasa diperbuat daripada buluh adalah seperti sikat buluh, cucuk sanggul dan topi buluh. Sikat dan cucuk sanggul ini biasanya digunakan oleh orang melayu dan orang asli di Semenanjung Malaysia.

Sebarang jenis buluh yang berdinding tebal boleh digunakan untuk tujuan ini. Bahagian yang digunakan ialah bahagian luar buluh yang tidak mudah patah dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Buluh yang digunakan hendaklah yang cukup tua. Buluh-buluh ini kemudian diawet sama ada melalui proses rendaman dalam air, pemanasan atas api ataupun penggunaan bahan-bahan kimia. Kemudian buluh ini dijemur dan dibentuk.

Perabot
Perabot buluh mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat, ini kerana reka bentuk yang menarik dan tahan lama di samping harga yang berpatutan. Di antara perabot yang diperbuat daripada buluh ialah kerusi, meja, katil dan almari.

Jenis buluh yang digunakan adalah buluh semantan, galah, beting, minyak dan duri. Buluh yang berusia tidak kurang daripada 4 tahun adalah sesuai untuk tujuan ini. Buluh-buluh ini diawet sama ada melalui proses rendaman, pemanasan atas api ataupun penggunaan bahan kimia. Kemudian buluh-buluh ini dijemur dan digunakan bagi menghasilkan perabot buluh.

Barangan Kraftangan.
Dewasa ini, penggunaan buluh lebih tertumpu pada nilai komersial seperti barangan kraftangan yang amat diminati oleh pelancong sama ada luar dan dalam negara. Barangan kraftangan yang biasa diperbuat daripada buluh ialah bakul, raga, keranjang, penampi, kipas, barangan larek, tikar, tabung alat-alat menganyam. Barangan-barangan ini merupakan hasil tradisional di kalangan orang Melayu dan orang-orang pribumi di Sabah dan Sarawak.

Jenis buluh yang digunakan ialah buluh semantan, nipis, minyak, galah, beting dan aur. Bahagian yang digunakan pula ialah bahagian luar buluh yang mudah dibentuk tanpa patah. Buluh-buluh yang dipilih daripada buluh muda yang berumur antara 1 hingga 2 tahun.

Alatan Muzik
Alat-alat muzik yang boleh diperbuat daripada buluh seperti serulig, angklong, kerating, gendong dan genggong. Biasanya alat-alat muzik ini terdiri daripada jenis bertali, gendering atau tiupan. Sebarang jenis buluh yang berdinding nipis boleh digunakan. Bahagian yang digunakan hendaklah dipilih daripada buluh yang cukup tua. Buluh-buluh ini kemudiannya diawet melalui proses rendaman air, pemanasan atas api ataupun penggunaan bahan-bahan kimia. Selepas dikeringkan, buluh-buluh itu dikerat dan dibentuk menjadi jenis-jenis peralatan muzik yang dikehendaki.

Barangan Kegunaan Dapur
Antara barangan buluh yang dibentuk untuk kegunaan dapur ialah seperti senduk, tudung saji, nyiru, raga dan sebagainya. Penggunaan buluh kebanyakkan telah diganti oleh penggunaan plastik, kaca dan bahan PVC. Walau bagaimanapun buluh masih digunakan sebagai penyepit, lidi sate, pencucuk buah dan pencungkil gigi.

Jenis buluh yang biasa digunakan adalah buluh semantan, minyak, galah dan aur. Bahagian yang digunakan ialah bahagian luar buluh yang tidak mudah diserang serangga dan kulat. Buluh mestilah berumar lebih kurang 2 hingga 3 tahun.

Senjata dan Pengangkutan
Habitat buluh yang mudah diperolehi serta mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan mudah dibentuk. Ini amat sesuai dijadikan alat senjata seperti lembinng, sumpit, panah, pisau sembilu dan ranjau. Bagi tujuan ini, sebarang buluh boleh digunakan kecuali buluh sumpitan. Di samping itu banyak juga alat memburu tradisiona yang diperbuat daripada buluh seperti tombak, sumpit, panah, jerat tikus, jebak burung dan serkap ayam. Buluh nipis pula dijadikan alat menangkap ikan seperti lukah, serkap ikan, joran, tuar, serempak dan kelong.

Buluh juga kerap digunakan dalam sistem pengangkutan sebagai contohnya rakit yang digunakan untuk mengangkut manusia dan barangan dari suatu tempat ke tempat yang lain. Selain itu, buluh juga berguna sebagai alat salur air dan ambong untuk mengalir dan mengangkut air daripada sungai ke daratan.

Alat Penternakan.
Buluh merupakan satu bahan yang dianggap penting dalam kegiatan penternakn tradisional. Sifatnya yang mudah dibentuk membolehkannya digunakan sebagai serkap ayam, tempat ayam bertelur, pagar ternakan dan sebagainya. Sebarang jenis buluh dan semua bahagian batang boleh digunakan untuk tujuan ini. Antara barangan penternakan yang dihasilkan adalah rangka serkap ayam, sangkar burung, bubu ikan dan lain-lain lagi.