untuk tujuan pembelajaran sahaja [PRINSIP KOMUNIKASI DALAM PERTANIAN (TKP2201)]
Thursday, April 14, 2011
Di seluruh dunia terdapat 75 genera dan 1250 spesis buluh yang telah di kenalpasti. Taburan buluh di dunia adalah meluas dan habitat pertumbuhan aslinya terdapat di semua benua kecuali benua Eropah. Buluh boleh di kumpulkan kepada 2 kumpulan besar iaitu yang mempunyai pertumbuhan tunggal (monopodial) dan pertumbuhan berumpun (simpodial). Buluh yang tumbuh tunggal hanya tersebar di kawasan beriklim sederhana sementara di kawasan tropika pula pertumbuhan adalah berbentuk berumpun.
Di Malaysia terdapat 70 spesis buluh dan sebanyak 50 spesis (dalam 7 genera) terdapat di Semenanjung Malaysia. 30 spesis (dalam 8 genera) di Sabah dan 20 spesis (dalam 7 genera) di Sarawak.
Kebanyakkan buluh di Malaysia meliar di pinggir-pinggir hutan, kawasan hutan yang telah dibalak dan di sepanjang tebing-tebing sungai. Buluh juga ditanam di kampung-kampung untuk kegunaan harian dan ditanam di bandar-bandar sebagai tanaman hiasan yang menarik. Di anggarkan jumlah kawasan yang ditumbuhi oleh buluh di Semenanjung Malaysia adalah lebih kurang 329 000 hektar.
Buluh di Malaysia Jenis, Nama Saintifik dan kegunaanya

- Buluh duri
- Bambusa blumeana
- Kayu penyepit, perabot, alat musik, tiang sanggaran.
- Buluh galah
- Bambusa heterostachya
- Dijadikan galah, pencucuk sate, bidal
- Buluh minyak
- Bambusa vulgaris
- Ornamental, pencuck sate, kayu penyepit, rebung
- Buluh betong
- Dendrocalamus asper
- Barangan higo, rebung
- Buluh akar/ tali
- Dendrocalamus pendulus
- Bakul, lidi sate, kraftangan
- Buluh brang
- Gigantochloa spp. (brang)
- Barangan higo, kegunaan harian, rebung yang enak.
- Buluh beting
- Gigantochloa levis
- Barangan higo, rebung yang enak
- Buluh tumpat
- Gigantochloa ligulata
- Sanggaran tanaman, rangka-rangka
- Buluh semantan
- Gigantochloa scortechnli
- Kraftangan dalam industri kecil
- Buluh beti / raga
- Gigantochloa wrayi
- Kraftangan, bidal, rebung
- Buluh lemang
- Schizostachyum brachycladum
- Kraftangan, ornamental, masak lemang
- Buluh semeliang
- Schizostachyum grande
- Rangka kraftangan
- Buluh kasap
- Schizostachyum zollingeri
- Kraftangan, pencuck sate, kegunaan harian
POKOK buluh sering juga menjadi hiasan laman berkonsep Zen, Jepun dan Cina kerana ia dikatakan menjadi ciri utama laman sedemikian.Kini buluh bukan saja menjadi pelengkap laman turut dijadikan bahan menata hias ruang hiasan dalaman rumah.
Dalam seni hiasan laman, pokok buluh biasanya menjadi pelengkap eksotik kerana rupa bentuknya yang unik selain tanaman berkenaan dikenali sebagai pokok tahan lasak.Sejak kebelakangan ini, buluh dijadikan kemasan untuk kawasan sekitar kolam, pelantar dan dinding laman dengan pelbagai sentuhan unik, warna dan reka bentuk.
Seni hiasan laman terkini turut menampilkan ciri tradisional dengan sentuhan kontemporari dan buluh sering menjadi pilihan pereka laman kerana ia hiasan yang tidak ‘lapuk’ dan boleh disesuaikan untuk apa konsep pun termasuk moden.Ada kira-kira 100 jenis buluh dengan pelbagai warna, bentuk dan tekstur, buluh sering dijadikan hiasan bagi melengkapkan seni laman kediaman.
Buluh adalah pokok daripada kawasan tropika berdaun lebat berwarna hijau dengan batangnya boleh hidup memanjang sehingga lebih 30 meter dan dikenali sebagai tumbuhan tropika paling panjang.Di Asia Tenggara, buluh banyak digunakan dalam seni bina termasuk rumah, wakaf, sangkar binatang dan pagar serta pelantar.
Di negara ini, buluh hidup liar di pinggir hutan dan kawasan tebing sungai. Di kampung tradisi tumbuhan ini hidup liar namun menjadi punca rezeki penduduk manakala di bandar ia menjadi tanaman hiasan yang menarik.Di anggarkan jumlah kawasan yang ditumbuhi buluh di Semenanjung Malaysia kira-kira 329,000 hektar.
Buluh boleh di kumpulkan kepada dua kumpulan besar iaitu mempunyai pertumbuhan tunggal (monopodial) dan pertumbuhan berumpun (simpodial).Buluh yang tumbuh tunggal hanya tersebar di kawasan beriklim sederhana manakala di kawasan tropika pula pertumbuhan adalah berbentuk berumpun.
Di Semenanjung Malaysia, kira-kira 13 spesies buluh digunakan secara meluas dalam industri kecil, industri kraftangan dan pengeluaran buluh. Antaranya, Buluh Duri (Bambusa Blumeana), Buluh Galah (Bambusa Heterostachya), Buluh Minyak (Bambusa Vulgaris), Buluh Betong (Dendrocalamus Asper), Buluh Akar/ Tali (Dendrocalamus Pendulus) dan Buluh Semantan (Gigantochloa scortechnli)
Namun, Buluh Minyak dan Buluh Betong sering menjadi pilihan untuk seni hiasan laman kerana rupanya yang cantik dan unik untuk seni hias taman.Dikenali sebagai hasil hutan bukan kayu yang serba guna, buluh mempunyai nilai komersial yang tinggi khususnya di kalangan masyarakat luar bandar.Tambahan pula habitat buluh yang hidup meliar serta meluas dan mudah diperoleh di kebanyakan hutan walaupun sering di labelkan sebagai “kayu miskin”.
Kebiasaannya, buluh boleh ditanam terus di atas tanah tanpa mengguna pasu dan bekas. Namun, menanam buluh di dalam pasu dan bekas memudahkan kerja mengawal pembiakannya.
Dengan akar yang berselirat, adalah lebih mudah menanam buluh dalam pasu dan bekas kerana mudah untuk mengawal pembiakannya dan menjimatkan kerja menyelenggara serta memudahkan kerja menata hias laman.
Dengan baja, tanah dan air yang mencukupi, biasanya buluh dalam pasu dapat bertahan bertahun lamanya. Sifat buluh yang tahan lasak juga menyebabkan ia menjadi pilihan ramai untuk laman.Biasanya, buluh tidak memerlukan air yang banyak jadi bagi mereka yang tiada masa untuk menyiram tanaman sesuai memilih buluh sebagai pelengkap laman.
Selain menjimatkan masa dan wang untuk menyelenggara, buluh juga menjimatkan ruang kerana ia tidak tumbuh menjalar tetapi membesar dengan meninggi. Untuk itu, ia sesuai sebagai hiasan laman di ruang sempit seperti di balkoni.
Fakta
# Kadar pH tanah yang disarankan untuk tanaman buluh adalah antara 5.5 and 6.5. Elakkan menggunakan baja atau bahan daripada limau untuk tanaman buluh.
# Sebagai tumbuhan tahan lasak, biasanya buluh sesuai untuk tanah kering dan sedikit lembap tetapi tidak sesuai ditanam dalam air atau air garam. Biasanya buluh sesuai ditanam kira-kira 90 meter dari kawasan pantai.
# Letakkan baja dua atau tiga kali setahun untuk mengekalkan kesihatan pokok. Seeloknya gunakan baja untuk buluh atau baja asli.
# Pangkas dan potong batang buluh mengikut kesesuaian jika mahukan pokok buluh anda cantik.

Subscribe to:
Posts (Atom)